Pages in topic:   [1 2] >
mari kita bincang perkara2 berkaitan dgn kadar
Thread poster: yam2u

yam2u  Identity Verified
United States
Local time: 13:04
Member
English to Malay
+ ...
Feb 21, 2008

ok kekawan,

saya jemput semua orang luahkan apa saja yg terbuku di hati ttg kadar.

baik nak bertanya kpd mereka yg kononnya sudah berpengalaman sampai takat dahi atau nak omelkan pelanggan tak berhati perut atau nak bagi pendapat, nasihat, petua, sindiran, maupun saja2 nak bertanya... nah tembak!

saya sebenarnya, pasal asyik melencong dari menyudahkan tugasan, sekarang tengah tercungap2 mengejar beberapa deadline. tapi kalau saya rasa terpanggil utk respons, pasti saya akan mencelah dengan usd0.02 saya. jangan khuatir!

-may-


Direct link Reply with quote
 

Muhammad Razin Ong Abdullah  Identity Verified
Malaysia
Local time: 01:04
Member (2006)
English to Malay
+ ...
Kadar rendah ditawarkan Feb 21, 2008

Saya mendapati kadar yang ditawarkan oleh sesetengah klien terutama dari timur jauh amat rendah. Saya berharap para penterjemah dapat bersatu hati untuk memberi kesedaran kepada klien bahawa kos hidup di Malaysia agak tinggi. Contohnya sekotak rokok 20 batang telah mencecah hampir-hampir RM10.00

Direct link Reply with quote
 

Hipyan Nopri  Identity Verified
Indonesia
Local time: 00:04
English to Indonesian
+ ...
Tarif Agensi Asia Cenderung Separuh Tarif Agensi Barat Feb 21, 2008

Halo May dan rekan penerjemah semua,

Kalau saya tidak salah menafsirkan istilah, 'kadar' yang dimaksud di sini sama dengan 'tarif' atau 'harga.'

Dari pengalaman saya, agensi Asia biasanya menawarkan tarif yang besarnya hanya separuh dari tarif yang ditawarkan agensi Barat.

Saya sendiri memasang tarif US$0.12 per kata untuk agensi Barat. Sayangnya, agensi Asia hanya bersedia membayar US$0.05/6 per kata.

Pada mulanya, saya menerapkan tarif yang seragam untuk semua agensi (US$0.12). Akibatnya, banyak tawaran agensi Asia waktu itu yang saya tolak. Setelah melihat bahwa memang kenyataannya agensi Asia hanya bersedia membayar sebesar itu, akhirnya saya menerapkan dua tarif (US$0.05/6 untuk agensi Asia dan US$0.12 untuk agensi Barat).

Salam dari Padang, Sumatera Barat

Hipyan


Direct link Reply with quote
 

Aniza  Identity Verified
Malaysia
Local time: 01:04
Member (2007)
English to Malay
+ ...
Memang benar... Feb 21, 2008

...ini yang saya maksudkan. Kebanyakan agensi di Asia memang menawarkan kadar yang rendah.

Mereka-mereka inilah klien saya sekarang, sebab itu saya tanyakan tentang harga lantai dan apa yang En. Razin sarankan itu ialah yang sebenarnya saya nak maksudkan bila para penterjemah patut bersatu hati tentang harga. Tapi, itulah kan, ini pasaran bebas.

Ini jugalah yang bila di forum-forum lain yang turut membincangkan tentang harga, mereka juga hendakkan sesuatu yang saya sendiri tak tahu nak sebut bagaimana.

Memang benar Hipyan. Anda beruntung jika dapat kadar USD0.05/0.06. Ada yang hendak bayar USD0.03/0.04 sahaja pun. Kerjanya tetap sama. Menterjemah, membaca pruf dan menyemak ejaan. Mungkin saya boleh mengambil cara Hipyan sebagai contoh. Ada dua kadar untuk dua pasaran yang berbeza.

Kini MYR lebih kukuh berbanding USD, maka jika dulu USD0.04 masih banyak, kini tidak lagi.

Jadi.. bagaimana?


Direct link Reply with quote
 

yam2u  Identity Verified
United States
Local time: 13:04
Member
English to Malay
+ ...
TOPIC STARTER
bagaimana? Feb 21, 2008

salam razin, hipyan dan aniza!

Muhammad Razin Ong Abdullah wrote:
Saya mendapati kadar yang ditawarkan oleh sesetengah klien terutama dari timur jauh amat rendah.


secara kolektif, mungkin ada satu cara saja untuk mengatasi keadaan ini -- didik pembeli khidmat masing2 supaya jangan lagi harap utk bayar harga borong utk produk kita. kalau ramai yg buat begini, walaupun tak muncul pasaran penjual, paling2 akan wujud kadar lantai tidak rasmi yg lebih masuk akal bagi semua penterjemah.

macam mona kata dalam thread sebelum ini, kalau tak ada org terima kadar rendah [betul hipyan, kadar dan tarif itu sama!], tak adalah kadar rendah. dlm bual perniagaan, ini maknanya kadar akan naik dgn sendiri sebab pasaran mmg terpaksa sesuaikan dgn keadaan.

cuma nak paksa keadaan pasaran di era internet ini susah sikit. pemain datang dari seluruh dunia dan tinggi rendah padang pun tak sama. bukan saja kos kehidupan semua players lain2, tapi dgn matawang yg sama, kuasa pembelian pun tak serupa. eu100/1k misalnya mungkin rendah bagi profesional di barat tapi sudah cukup lumayan bagi mereka yg tinggal di kawasan lain. ini juga benar bagi agensi. overhed di msia misal kata tidak sama dgn overhed di uk, apatahlagi di kota london.

masalah mewujudkan harga yg optimum kpd semua pihak ini jadi lebih leceh lagi bila ada pulak yg tak ambil tahu dulu sikit sebanyak ttg industri ini, baik dari segi tempatan atau global, sebelum turun padang. pada saya, [sori ya, ini terpaksa kena kata] ini tak boleh dimaafkan kerana zaman sekarang mencari maklumat semudah dua tiga klik tetikus saja. kalau buat homework sikit sebelum teragak nak jaja khidmat terjemahan, tentu sekali akan tahu yg usd0.05-0.06/sekata itu malah tidak diterima oleh profesional yg menterjemah pasangan bahasa yg banyak saingan seperti perancis, jerman, sepanyol, dll. ini pula bahasa yg tergolong bahasa eksotik mcm BM.

kalau pengetahuan yg saya imbaskan tu ada di belakang kepala masing2, tentulah dari awal lagi boleh letak kadar yg setanding pasaran utk pasangan bahasa kita. dari situ juga kedudukan bila kita nego dgn klien dan bakal klien lebih gagah. bila terima tawaran lebih rendah dari yg diharap, boleh tolak tanpa rasa macam melepas.

kadar2 saya sendiri saya congak (selepas buat penyelidikan sendiri) lebih drp 12 tahun dulu. masih tidak berubah dan bila saya padu dgn laporan pasaran terjemahan dunia world bank, alhamdulillah saya dapati kadar2 saya masih mutakhir.

Hipyan Nopri wrote: Setelah melihat bahwa memang kenyataannya agensi Asia hanya bersedia membayar sebesar itu, akhirnya saya menerapkan dua tarif.


ramai penterjemah selepas lama sedikit dlm bidang ini akan sampai kpd keputusan ini. apakah kesan seterusnya ke atas pasaran terjemahan dunia utk pasangan bahasa kita harus diteliti juga. Buat masa ini, nampaknya ini adalah penyelesaian jangka pendek yg ok.

Aniza wrote: Kini MYR lebih kukuh berbanding USD, maka jika dulu USD0.04 masih banyak, kini tidak lagi.


sebab itu saya selalu ingatkan rakan penterjemah supaya jangan guna kadar wang asing, seperti eu atau usd, utk menetapkan harga tawaran mereka sebab ini tidak memberi perbandingan jangkaan pendapatan yg realistik.

-may-

[Edited at 2008-02-21 22:11]

[Edited at 2008-02-26 18:56]


Direct link Reply with quote
 

Aniza  Identity Verified
Malaysia
Local time: 01:04
Member (2007)
English to Malay
+ ...
Jemput baca thread "Do translators need sleep?" Feb 22, 2008

Jeff Whitaker telah buat satu post dan banyak reply yang dah masuk.

Terkedu saya baca "permintaan" agensi yang hendak memberikan kerja itu. "Pilu" rasanya..

Saya rasa ramai rerakan yang dah baca.. Geli hati pun ada juga...


Direct link Reply with quote
 

Tehsin Begum Mukhtar Ahmad  Identity Verified
Malaysia
Local time: 01:04
English to Malay
+ ...
Sedikit lagi tentang kadar Feb 26, 2008

Muhammad Razin Ong Abdullah wrote:

Saya mendapati kadar yang ditawarkan oleh sesetengah klien terutama dari timur jauh amat rendah. Saya berharap para penterjemah dapat bersatu hati untuk memberi kesedaran kepada klien bahawa kos hidup di Malaysia agak tinggi. Contohnya sekotak rokok 20 batang telah mencecah hampir-hampir RM10.00



Ummm...nampaknya ini petanda untuk berhenti merokok, Razin...?

Saya baru menerima lambaian dari agensi baru yan memberitahu saya bahawa mereka dalam proses mengumpulkan penterjemah yang boleh berikan harga yang lebih "murah" kerana kos penterjemah mahal di UK...hmmm...apakah maksud mereka? Nampaknya mereka akan hampa....

Betul juga kata Razin, harga stabil/lantai tak rasmi + kualiti..tetapi agak susah untuk mendapatkan perkhidmatan penyuntingan kerana ramai yang tidak sanggup disebabkan kadar harga penyuntingan.




[Edited at 2008-02-26 12:46]


Direct link Reply with quote
 

Muhammad Razin Ong Abdullah  Identity Verified
Malaysia
Local time: 01:04
Member (2006)
English to Malay
+ ...
Sekadar Kemungkinan Feb 26, 2008

Mungkin betul...saya tidak lagi mampu merokok dengan hasil pendapatan saya sekarang...mungkin saya juga tidak akan mampu menyara keluarga saya jika hal ini berterusan...mungkin seperti rakan seangkatan saya, saya harus bekerja makan gaji...dan biarkan kerja penterjemahan dilakukan oleh "part timer" yang memilih untuk bekerja dari rumah sambil menjaga anak-anak dan membantu suami/isteri menambah pendapatan...atau mungkin saya patut menerima kadar rendah dan bekerja lebih gigih lagi...siang dan malam tanpa menghiraukan kesihatan dan kegemaran bermotosikal saya
Sebenarnya saya sedang memantau keadaan...sekiranya saya tidak sanggup lagi menerima kadar yang rendah atau kalah dengan persaingan dari golongan yang lebih muda...saya harus meninggalkan kerja yang saya minati ini....rezeki di tangan Tuhan...itu pegangan saya....


Direct link Reply with quote
 

yam2u  Identity Verified
United States
Local time: 13:04
Member
English to Malay
+ ...
TOPIC STARTER
harap tak lambai balik Feb 26, 2008

Tehsin Begum Mukhtar Ahmad wrote:
Saya baru menerima lambaian dari agensi baru yan memberitahu saya bahawa mereka dalam proses mengumpulkan penterjemah yang boleh berikan harga yang lebih "murah" kerana kos penterjemah mahal di UK...hmmm...apakah maksud mereka? Nampaknya mereka akan hampa....


tak semestinya mereka akan hampa, tehsin. tapi yg bagusnya ttg agensi macam ini mereka akan dapat penterjemah2 yg mutunya setimpal dgn ganjaran picisan mereka.

drp apa yg saya perhatikan, memang ramai penterjemah yg sanggup terima kadar yg lebih murah drp harga bayaran balik botol soda kosong sebab tidak tahu kerana baru atau kerana tidak ambil tahu, atau kerana sengaja nak undercut atau terpaksa undercut sebab terdesak. bilangan ini bertambah setiap hari sebab makin ramai yg fikir bidang ini mudah dan mudah diceburi. malah ada yg ingat bila tahu dua bahasa, ada kamus dwibahasa, dah boleh jadi penterjemah. mereka tidak langsung tilik penguasaan bahasa mereka.

tapi mereka semua nanti akan tahu juga cetek dalam air setelah terjun dan terpaksa bergesa ke tepian atau lemas kerana ternyata tidak boleh berenang lama. [you have to know how to tread water and have the stamina to do it in this game.]

beberapa tahun dulu saya pernah khuatir bahawa penterjemah yg sambil lewa demikian akan merosakkan pasaran terjemahan. tapi kebelakangan ini, setelah melihat bagaimana pasaran mempunyai cara tersendiri mengimbangkan keadaan, saya tak kisah sangat.

terus saya buat kesimpulan bahawa langkah lebih praktik ialah menumpu kpd mendidik pelanggan dan bakal pelanggan tentang mutu dan nilai tambah tinggi yg mereka boleh harapkan drp penterjemah profesional yg sebenar [seperti kita2 nih lah.]. saya juga mendapati bahawa pelanggan yg serius biasanya "do not shop bargain". malah kebanyakan yg sanggup bayar kadar premium memang shop "boutique" pun.

jadi jangan terlalu gusar, rakan2. kita teruskan perjuangan menjaga mutu dan menjalankan pemasaran yg lebih bijak dan berdiskriminasi.

-may-

p.s. raz... maybe time to switch to rokok daun!


[Edited at 2008-02-26 18:59]


Direct link Reply with quote
 

Shakirah Md Zain  Identity Verified
Local time: 01:04
Member (2007)
English to Malay
+ ...
Ayuh beri tumpuan pada yang positif Feb 26, 2008

Siapa antara rakan-rakan seperjuangan yang biasa mendengar buku dan video yang sejak kebelakangan ini begitu hangat diperkatakan, "The Secret", serta 'guru' yang seangkatan dengannya seperti Jerry dan Esther Hicks. John Asaraff, Jack Canfield, dan beberapa orang lagi. Kalau yang belum biasa, biar saya beri sedikit pencerahan.
Antara pengajaran teras yang mereka cuba sampaikan ialah beri tumpuan pada yang positif, ia pasti akan menjadi kenyataan. Walau apa pun kepercayaan atau agama kita, saya kira ini satu konsep yang amat bermanfaat dan positif.
Lantaran itu, ayuh kita didik para pelanggan kita, beri yang terbaik, mantapkan diri kita dengan ilmu yang perlu, dan sudah pastinya jangan lupa berdoa..:). Yang pasti, jangan kompromi dengan kualiti semasa melaksanakan tugasan, teguhkan pendirian perihal harga lantai. Mungkin pada mulanya perit, akhirnya mereka pasti kembali.
It is the law....


Direct link Reply with quote
 

Hisyam Muhammad
Malaysia
Local time: 01:04
Member (2009)
English to Malay
+ ...
mari kita bincang perkara2 berkaitan dgn kadar Feb 27, 2008

we shld charge in RM.

Direct link Reply with quote
 

Aniza  Identity Verified
Malaysia
Local time: 01:04
Member (2007)
English to Malay
+ ...
Kak May.. Feb 27, 2008

Ini salah satu balasan yang saya terima daripada beberapa permohonan yang saya hantar sejak dua tiga hari ini:

Thanks for the contact and I have checked your resume and think that you would certainly be a capable translator for most work that we get for your language.

For the rates, however, we would not be able to use your services at that rate. Malaysian is not an expensive language, and we cannot get high rates for the work through our agency when supplying the industry. The maximum that we pay to EN to MA translators is US$0.04. If you think that you can accept work and do a good job at that rate, please let me know and I will forward to you the xxx.


Benarkah Malaysian is not an expensive language. Jadi bagaimana? Benarlah apa yang dikatakan dek Hipyan.... Ini sebuah agensi di sekitar Asia.

Dan seperti juga Master Razin, yang mungkin ketandusan dan agak kelemasan sekarang... apa nak jadi?


Direct link Reply with quote
 

Muhammad Razin Ong Abdullah  Identity Verified
Malaysia
Local time: 01:04
Member (2006)
English to Malay
+ ...
Benar USD 0.04 Feb 27, 2008

Aniza wrote:

Ini salah satu balasan yang saya terima daripada beberapa permohonan yang saya hantar sejak dua tiga hari ini:

Thanks for the contact and I have checked your resume and think that you would certainly be a capable translator for most work that we get for your language.

For the rates, however, we would not be able to use your services at that rate. Malaysian is not an expensive language, and we cannot get high rates for the work through our agency when supplying the industry. The maximum that we pay to EN to MA translators is US$0.04. If you think that you can accept work and do a good job at that rate, please let me know and I will forward to you the xxx.


Benarkah Malaysian is not an expensive language. Jadi bagaimana? Benarlah apa yang dikatakan dek Hipyan.... Ini sebuah agensi di sekitar Asia.

Dan seperti juga Master Razin, yang mungkin ketandusan dan agak kelemasan sekarang... apa nak jadi?




Berhati-hati dengan agensi yang manis kata-katanya. Agensi yang serious dengan urusannya biasanya tidak banyak berkata-kata atau memujuk. Biasanya mereka hanya akan terima atau tolak. Itu sahaja. Tentang harga USD 0.04 itu, memang betul...saya tidak nafikan harga maksimum tersebut tetapi ini hanya diterima pakai untuk agensi di atas sahaja...harga lazim yang ditawarkan oleh agensi yang wibawa adalah berlipat kali ganda...maaf saya tak boleh cakap..nnt kerajaan sinun hantar ejen tangkap saya...


Direct link Reply with quote
 

yam2u  Identity Verified
United States
Local time: 13:04
Member
English to Malay
+ ...
TOPIC STARTER
tak perlu buang masa dgn pembayar picisan... Feb 27, 2008

...tidak kiralah apa sekalipun alasan yg mereka berikan.

Aniza wrote: Benarkah Malaysian is not an expensive language. Jadi bagaimana? Benarlah apa yang dikatakan dek Hipyan.... Ini sebuah agensi di sekitar Asia.


kalau ini agensi Malaysia, Brunei dan Singapura, di mana penterjemah BM, atau yg mengaku boleh menterjemah BM, ramai, mungkin alasan ini boleh diterima. lumrah hukum pasaran, bila banyak saingan, harga turun. tapi di pasaran antarabangsa, di mana bilangan penterjemah BM secara relatif adalah kecil, BM tergolong bahasa yang kadarnya tidak rendah.

sebab itu setakat ini penterjemah yg menservis klien tempatan menyediakan kadar suai-rantau. tapi di luar tiga negara di atas, saya rasa penterjemah BM yg terima kadar jauh lebih rendah drp kadar pasaran antarabangsa bukan sahaja merugikan diri sendiri, tapi juga merosakkan pasaran BM rantau dan seterus pasaran BM global.

bak kata mona, kalau tak ada org terima kadar rendah, tak adalah kadar rendah.

juga seperti yang saya dan rerakan lain telah banyak kali katakan, penterjemah sendiri pokoknya mesti tahu kadar yg dia mahu. kadar yg dia kira patut, bukan kadar yg dia diberitahu adalah patut. terutama oleh pembeli! (this is just basic business practice.)

untuk itu, penterjemah kenalah berusaha sedikit mencari maklumat tentang industri terjemahan dan kadar2 pasaran. dlm dunia internet, ini sesuatu yg amat mudah. kalau saya yg tidak pernah ada mentor atau orang/tempat utk bertanya boleh lakukan ini untuk asaskan kadar2 yg saya mahu pakai semasa saya mula ceburi bidang ini dulu (rasanya saya mungkin lebih muda drp kebayakan org2 baru sekarang kerana masa itu saya masih di uni), mengapa orang lain tak boleh buat juga?

saya lihat ramai juga org yg baru ceburi bidang ini ada latar belakang perniagaan, baik drp pengajian mereka atau drp pengalaman kerja. jadi saya hairan mengapa kaedah dan hakikat asas perniagaan seperti -- dlm perundingan, kekuatan kedudukan kita dlm tawar-menawar datang drp pengetahuan, oleh yg demikian "do your homework!" -- tidak disedari dan dipakai.

saya rasa sesiapa yg kenal saya atau pernah baca masukan2 saya di forum2 terjemahan akan tahu bahawa saya tidak buat dakwaan kosong tentang kadar. saya berani berdiri di samping tuntutan kadar saya kerana 1) saya telah buat "homework" saya, malah saya tidak pernah lekang drp mengorek maklumat hingga ke hari ini, dan 2) saya adalah bukti dakwaan saya sendiri, iaitu saya tidak pernah terima harga rendah dan (alhamdulillah) masih terus terima tawaran dan dapat tugasan.

biasanya jawapan seperti yg aniza terima itu saya tong sampahkan saja. saya tak layan. tawaran rendah drp lantai kadar saya mmg saya tidak layan walaupun dijanjikan kerja berterusan atau jumlah kata yg berjuta2, atau walau sekalipun saya dapati bahan yg mahu diterjemahkan itu menarik. saya ada benchmark saya sendiri ttg apa yg saya anggap nilai sepadan dgn kemahiran saya dan pelaburan yg telah saya buat utk sampai ke tahap ini dlm kerjaya saya. melayan tawaran lebih rendah drp itu merugikan masa saya, masa yg boleh saya gunakan utk tugasan yg bayar kadar saya.

di bawah ini saya turunkan secara kasar bagaimana bahasa2 (mengikut kiraan permintaan dan pembekal) digolongkan dlm penentuan kadar oleh industri ini. kumpulan paling atas paling rendah kadarnya disebabkan oleh pasaran/permintaan yang lebih luas dan saingan/pembekal yg lebih banyak.

1. Perancis, Itali, Jerman, Sepanyol
2. Portugis, Denmark, Belanda, Norway, Sweden, dsb
3. Czech, Poland, Rusia, Serbo-Croatia, Slovak, Ukrain, Arab, Bulgaria, Finland, Greek, Ibrani, Hungary, Romania, Turki, dsb
4. Cina, Iceland, Jepun, Korea, Tagalog, BM, Indonesia, Thai, Vietnam, dsb

tak payahlah saya berikan julat kadar kumpulan bahasa2 ini sbb maklumat ini sesiapa saja boleh dapat, janji rajin mencarinya. cukuplah saya katakan bahawa kumpulan 3 dan 4 boleh minta dua kali ganda, atau sekurang2nya dua-pertiga kali, kadar kumpulan 1 & 2. bila dah tahu apakah kadar min kumpulan 1 & 2, dgn sendiri boleh congak kadar yg patut utk kumpulan 3 & 4. lepas itu perhatikan BM jatuh dlm kumpulan mana.

jadi aniza, sesiapa saja yg mempunyai maklumat begini di hujung jari mereka boleh sangkal alasan seperti yg diberikan oleh agensi yg mendekati aniza itu. kalau mahu ayan merekalah. pada saya, membuang masa saja.

-may-

[Edited at 2008-02-28 00:14]


Direct link Reply with quote
 

Aniza  Identity Verified
Malaysia
Local time: 01:04
Member (2007)
English to Malay
+ ...
Tolak... Feb 28, 2008

Saya telah menolak "tawaran" tersebut dengan hormat. Saya belum boleh meng"tong sampah"kan tawaran sedemikian macam Kak May kerana saya yang menghantar resume, jadi kenalah juga ditolak dengan "manis". Tak payah banyak cakap, hanya kata, regret tak boleh terima kadar tersebut, terima kasih.

Rezeki ketentuan Allah. Saya mesti berusaha mencari... kan?

Memang benar, bahasa kita tidaklah seperti yang agensi itu kata. Tapi, yalah, meskipun faktor bahasa menjadi salah satu ketentuan, tetapi yang diminta adalah servis kita. Sehandal mana pun seorang penterjemah, masih perlu membuat rujukan, penyelidikan dan pertanyaan bagi memperkayakan terjemahannya. Ini semua masa kita. I guess, if mereka tidak tahu menghargainya, kita bolehlah mengucapkan "selamat malam".

Cuma, saya masih merasakan, jika kesemua penterjemah bersatu dan menerima satu kadar paling rendah yang berbaloi, mungkin kita boleh sama-sama menamatkan sikap atau perbuatan agensi memberikan kadar yang sedemikian rupa. Nampak macam nak menetapkan harga, tetapi bukan secara hitam putih. Sukar, tetapi, mungkin tidak mustahil.

Masalahnya, terdapat mereka yang terang-terang menawarkan kadar terendah 3 sen dan semua ini di luar kawalan. Yalah, pasaran terbuka, global, internasional, bagai!

Jadi, saya berbalik kepada saranan Kak Shakirah. Nak carilah... buku dia tak ada ke? Saya jumpa DVD secara online, harga USD, di MPH, belum ada lagi.


Direct link Reply with quote
 
Pages in topic:   [1 2] >


There is no moderator assigned specifically to this forum.
To report site rules violations or get help, please contact site staff »


mari kita bincang perkara2 berkaitan dgn kadar

Advanced search






Anycount & Translation Office 3000
Translation Office 3000

Translation Office 3000 is an advanced accounting tool for freelance translators and small agencies. TO3000 easily and seamlessly integrates with the business life of professional freelance translators.

More info »
WordFinder
The words you want Anywhere, Anytime

WordFinder is the market's fastest and easiest way of finding the right word, term, translation or synonym in one or more dictionaries. In our assortment you can choose among more than 120 dictionaries in 15 languages from leading publishers.

More info »



Forums
  • All of ProZ.com
  • Term search
  • Jobs
  • Forums