ProZ.com global directory of translation services
 The translation workplace
Ideas
KudoZ home » Malay to English » Other

penternakan lembu

English translation: cattle farming

Login or register (free and only takes a few minutes) to participate in this question.

You will also have access to many other tools and opportunities designed for those who have language-related jobs
(or are passionate about them). Participation is free and the site has a strict confidentiality policy.
13:53 Dec 15, 2003
Malay to English translations [Non-PRO]
Malay term or phrase: penternakan lembu
PENTERNAKAN LEMBU PEDAGING SECARA INTEGRASI SEBAGAI SATU TEKNOLOGI KEPADA PERLADANGAN KELAPA SAWIT

Selaras dengan perkembangan dan keupayaan negara kita untuk melangkah lebih efektif dalam bidang pertanian, langkah yang paling sesuai dalam meningkatkan pengeluaran hasil pertanian agar seiring dengan pengeluaran hasil-hasil yang lain adalah perlu diberi perhatian.

Berdasarkan hasrat tersebut, dengan berpegang kepada definasi teknologi iaitu ‘satu langkah terbaik dalam menghasilkan sesuatu’,maka salah satu langkah yang dapat merealisasikannya ialah melalui proses penternakan lembu pedaging secara integrasi sebagai satu teknologi kepada perladangan kelapa sawit.

Penternakan sistem integrasi ini, yang juga dikenalai sebagai PINTAR yang bermaksud “PROJEK INTEGRASI TERNAKAN RUMINAN DENGAN TANAMAN KEKAL”, adalah satu sistem menternak lembu pedaging yang dilakukan didalam perladanganan kelapa sawit secara saintifik, di mana kelompok ternakan akan meragut petak ragutan yang ditentukan dengan dikawal oleh sistem pagar elektrik serta satu amalan pusingan petak ragutan yang terancang. Walaubagai pun, lembu yang meragut didalam ladang kelapa sawit secara lepas bebas bukan lah projek PINTAR yang dimaksudkan.

PINTAR adalah merupakan satu bidang usaha berinput rendah dimana ternakan ternakan dibawa masuk untuk memakan rumpai yang terdapat dengan banyaknya didalam kawasan lading. Dengan penggunaan teknologi ini di lading kelapa sawit, rumpai rumpai yang terdapat dengan banyaknya diladang menjadi sumber makanan kepada ternakan dan rumpai ini tidak lagi perlu diracun. Hanya anak anak pokok pokok yang tidak dimakan oleh ternakan sahaja yang perlu dihapuskan dengan cara menebas atau pun di racun!

Satu lagi ciri yang terdapat pada PINTAR, ialah system ragutan yang berpusing mengikut amalan yang di tetapkan. Misalnya, kawasan seluas 400 hektar selesai diragut sepenuhnya dalam tempoh 90 hari atau 3 bulan dan amalan ini hanya boleh dilaksanakan dengan menggunakan system PAGAR LETRIK untuk mengawal ternakan tersebut supaya tidak keluar dari kawasan yang di tetapkan.

Teknologi ini terbukti dapat menjimatkan kos pengeluaran dan sekaligus dapat meningkatkan mutu pengeluaran perladangan kelapa sawit. Faedah teknologi integrasi ini kepada perladangan kelapa sawit ialah :

• Dapat mengurangkan kos merumpai, kerana rumpai yang merupakan musuh tanaman menjadi makanan kepada lembu
• Pembersihan ladang boleh dijalankan di sepanjang tahun kerana lembu dilepaskan meragut rumput rumpai setiap hari dan ini sekaligus mengurangkan keperluan tenaga buruh untuk melakunan kerja2 meracun rumpai di ladang.
• Apabila amalan penggunaan bahan kimia dalam proses merumpai dikurangkan, pengurusan ladang bersifat lebih mesra alam dan dan disamping itu juga, amalan ini dapat meningkatkan semula biodiversiti di kawasan terlibat.
• Ternakan yang dipelihara juga dapat menyumbang dan memberi faedah kepada industri pedaging negara dalam menghasilkan pengeluaran daging segar setiap tahun.

Aspek penjimatan yang paling ketara melalui penggunaan teknologi ini ialah dari segi kos merumpai dan kos buruh. Pengurangan dalam kos merumpai contohnya telah turun sebanyak 32% hingga 73% setahun. Pengurangan ini diambil dari statistik penjimatan dari estet-estet berikut :

• FELDA PLANTATIONS
(pengurangan kos merumpai setahun sebanyak 73.21 per hektar)
• LADANG PASFA
(pengurangan kos merumpai setahun sebanyak 63.70 per hektar)
• LADANG MARA BERHAD
(pengurangan kos merumpai setahun sebanyak 55.00 per hektar)
• LADANG ESPEK RISDA
(pengurangan kos merumpai setahun sebanyak 47.80 per hektar)
• LADANG YPJ
(pengurangan kos merumpai setahun sebanyak 32.80 per hektar)

Penjimatan dari segi kos buruh jelas terlihat melalui keupayaan LADANG ESPEK RISDA dan CHIN TECK PLANTATIONS yang dapat mengurangkan kos tenaga buruh mereka ke tahap yang minimum.

Sebagai sebuah negara, selain daripada dapat menjimatkan pengaliran wang keluar, banyak lagi aspek-aspek lain yang didapati dari pengurangan tenaga buruh asing yang terlibat dalam sektor ini. Ini termasuklah masalah penyakit yang dibawa oleh segolongan pekerja asing ke negara ini dan sekaligus dapat mengurangkan isu masalah sosial yang dibawa oleh pekerja asing di negara kita.


Teknologi ini akan dapat dijayakan dengan adanya beberapa komponen seperti:

• ternakan lembu (100 ekor induk dan 5 ekor lembu jantan)
• 2 set pagar lengkap elektrik
• penggunaan kandang tetap atau mudah alih yang sesuai
• bekas bekalan air minuman ternakan mudah alih
• dan seorang sahaja tenaga pekerja sepenuh masa

Modal permulaan yang diperlukan untuk menyediakan segala komponen tersebut ialah sebanyak RM200,000 bagi setiap 1,000 ekar ladang kelapa sawit

Walaubagaimana pun proses penyediaan teknologi ini juga memerlukan prasyarat-prasyarat yang perlu bagi menjayakan projek ini, antaranya :

• Tiada terdapat ternakan ruminan lain yang berkeliaran di kawasan yang sama.
• Umur kelapa sawit pula tidak kurang daripada 5 tahun, dan tidak melebihi 15 tahun.
• Kawasan perladangan tidak terlalu berbukit atau bertanah gambut.
• Mempunyai rumpai yang mencukupi.
• Bakal pengusaha juga mestilah mempunyai ilmu dan kemahiran yang mencukupi untuk melaksanakan projek.
• Dan, punca bekalan ibu pembiak dan pejantan haruslah bebas dari penyakit, contohnya, penyakit seperti Brucellosis.

Teknologi ini telah berjaya diserap masuk dan penglibatan beberapa syarikat dalam penggunaannya seperti yang diamalkan oleh:

• FELDA FARM PRODUCTS
• ESPEK RISDA
• J.T.O.P.
• FELCRA AGRO INDUSTRI
• LADANG TABUNG HAJI
• DAN LADANG RAKYAT

Pengharmonian Pengurusan Ladang dengan Pengurusan Ternakan.

Untuk mengelakkan sebarang kesulitan kepada pengurusan lading, pehak lading mestilah terlebih dahulu merangka petak pusingan ragutan diatas plan ladang. Apabila ternakan dilepaskan meragut di satu kawasan ragutan, kerja kerja perladangan haruslah dielakkan dikawasan tersebut supaya tidak menggangu ternakan yang sedang meragut. Pemasangan pagar letrik juga harus dielakkan dari merintangi jalan jalan ladang yang utama agar pergerakkan kenderaan dan jentera perladangan tidak terganggu.

Pengurusan Gerompok
Pengurusan gerompok merupakan asas kepada perladangan PINTAR. Dayamaju bidangusaha dan keberkesanan system, bergantung kepada kecekapan pengurusan setiap gerompok ternakan. Pengurusan gerompok yang cekap dan sempurna akan mewujudkan suasana stabil dan harmoni dengan pengurusan lading kelapa sawit itu sendiri. Pengurusan gerompok merangkumi:-
PENGURUSAN PUSINGAN RAGUTAN
Pastikan ternakan dipindah kepetak ragutan yang lain apabila tiba waktunya
PENGURUSAN PEMBIAKBAKAAN
Pastikan induk yang gagal melahirkan saekor anak lembu yang sihat setahun dan yang kurang memilikki sifat keibuan di takai.

PENGURUSAN KESIHATAN GEROMPOK
Memberi kerjasama dan sentiasa berususan dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang terdekat dalam segala aktiviti pencegahan penyakit berjangkit dan melapurkan segala kematian dan kejadian wabak penyakit kepada jabatan haiwan dengan segera
PENGURUSAN ANAK LEMBU
Kesihatan anak2 lembu yang lahir merupakan perkara yang sangat perlu diberi perhatian. Anak2 lembu yang sakit, dan tidak ekonomik dirawat, bantut serta cacat mestilah di sing singkir.
PENGURUSAN LEMBU DARA DAN JANTAN JARAS
Lembu dara yang sesuai dijadikan pengganti induk dan jantan jaras yang sesuai menjadi baka dikenalpasti dan diurus secara berasingan supaya tidak berlaku in-breeding.
DAN PENGURUSAN DATA REKOD
Merekod adalah satu kaedah yang perlu diamalkan untuk menganalisa prestasi pengurusan ternakan. Rekod rekod seperti kelahiran, kematian timbangan jualan rawatan dan sebagai nya mesti disimpan dan diselengara dengan teratur.

Setakat ini, sebanyak 50 buah syarikat telah pun melibatkan diri secara aktif didalam penternakan lembu secara intergrasi ini dan jumlah keseluruhan ternakan yang yang dipelihara pada tahun 2003 sahaja telah mencecah angka keseluruhan iaitu sebanyak 65,000 ekor.

Pihak kerajaan, khusus nya Kementerian Pertanian Malaysia, juga memberi bantuan dan sokongan untuk membangunkan teknologi ini dengan pemberian insentif cukai yang terancang meliputi :

• Pemberian status perintis (pioneer status)
• Elaun cukai pelaburan (investment tax allowance)
• Elaun pencukaian semula (reinvestment allowance)
• Elaun pertanian (agriculture allowance)
• Bantuan berkelompok untuk pengeluaran bahan makanan (group relief –food production)

Insentif modal yang dikeluarkan meliputi pemberian :

• Dana 3F (modal untuk pengeluaran bahan berasaskan makanan)
• Skim TRUST
• Skim Pinjaman Baka

Jabatan Perkhidmatan Haiwan, khususnya unit pedaging dipertanggungjawabkan untuk membantu membangunkan projek bagi mereka yang berminat.

Pendekatan pembangunan yang telah dan sedang dijalankan ialah dengan menjalankan pembangunan mengikut 23 zon pengeluaran yang telah dikenal pasti. Melalui pendekatan ini, pegawai yang khusus, berilmu dan berpengalaman akan ditugaskan bagi setiap zon pengeluaran. Di samping itu, pengembangan veterinar melalui kaedah ‘Lawatan Terancang dan Berjadual’ atau ringkasnya LTJ akan dibuat dari semasa ke semasa.
Aktiviti LTJ yang dijalankan menjurus kepada penambahbaikan sesuatu bidang usaha, dimana satu jadual yang dirancang dan dilaksanakan bagi setiap tahun. Diantara aktiviti LTJ yang dilaksanakan adalah seperti:
Mengadakan program latihan dan pembangunan sumber manusia dengan mengadakan taklimat, kursus, bengkel dan seminar.
Program Kesihatan dan kawalan penyakit pula bertujuan untuk mengwujudkan gerompok yangbebas dari penyakit dan meningkatkan produktiviti bidang usaha
Prestasi pembiak-bakaan ternakan yang di ternak juga perlu dinilai untuk memastikan yang hanya ternakan yang sihat dan subur sahaja dipelihara.
Aspek pemakanan ternakan ternakan juga perlu diberi perhatian dan sekiranya terdapat ketidakseimbangan pemakanan, tindakan penyeselaian awal yang sepatutnya dapat diambil.
Akhir sekali kualiti genetic ternakan juga dinilai agar ternakan yang tidak berpotensi untuk membiak, membesar dan tidak ekonomik untuk diternakan, segera di takai dan di ganti.

Pemasaran Hasil.
Untung atau ruginya sesuatu bidang usaha bergantung kedapa sejauh mana pengusaha dapat memasarkan hasil lading mereka dengan cekap. Pihak jabatan Perkhidmatan Haiwan juga telah membina dan merancang pembangunan Pusat Pusat Jualan Ternakan dan stakat ini dua Pusat Jualan ternakan telah disiap dibangunkan di Jengka dan Jempol. Dengan adanya pusat jualan ternakan ini, pemasaran hasil lading khusus nya lembu pedaging dapat dipermudahkan dan dapat dijual melalui E-dagang.



Zon pembangunan atau kawasan tumpuan sasaran ini meliputi kawasan berikut :

• TAC KUALA MUDA (KEDAH)
• TAC HULU PERAK (PERAK)
• TAC MANJUNG (PERAK)
• TAC BATANG PADANG (PERAK)
• TAC JEMPOL (NEGERI SEMBILAN)
• TAC SEGAMAT (JOHOR)
• TAC KLUANG (JOHOR)
• TAC KOTA TINGGI (JOHOR)
• TAC MERSING (JOHOR)
• TAC MUADZAM (PAHANG)
• TAC BERA (PAHANG)
• TAC JENGKA (PAHANG)
• TAC LIPIS (PAHANG)
• TAC KETENGAH (TERENGGANU)
• TAC GUA MUSANG (KELANTAN)
• TAC KEMAHANG (KELANTAN)

PENUTUP

Integrasi penternakan lembu pedaging yang sistematik dengan perladangan kelapa sawit adalah merupakan satu teknologi yang mampu diurus oleh semua pimilik ladang. Jika dipandang dari sudut ekonomi, kita akan dapati kedua-dua bidangusaha, iaitu bidang usaha penghasilan sawit dan penternakan lembu pedaging, menjadi lebih cekap dan menguntungkan (win - win situations) kesan daripada PENGOPTIMAAN penggunaan sumber seperti penggunaan tanah, tenaga buruh dan juga kemudahan kemudahan lain yang terdapat di lading. Penggunaan teknologi ini telah terbukti meningkatkan kecekapan pengurusan ladang, dan akhirnya meningkatkan hasil pendapatan dari setiap hektar kawasan ladang. Penyerapan teknologi ini secara meluas sudah pasti akan dapat mengurangkan pengaliran keluar wang negara yang dibayar kepada pekerja pekerja asing, di samping menyumbang kepada keperluan bekalan daging segar yang semakin tinggi permintaan nya.

‘PENTERNAKAN LEMBU PEDAGING SECARA INTEGRASI SEBAGAI SATU TEKNOLOGI KEPADA PERLADANGAN KELAPA SAWIT, MERUPAKAN LANGKAH TERBAIK DALAM MENGHASILKAN SESUATU’.
atie
English translation:cattle farming
Explanation:
Note that : "lembu daging" not "lembu pedaging"
Selected response from:

AAAS
Local time: 20:49
Grading comment
1 KudoZ points were awarded for this answer



Summary of answers provided
5 +2cow farm
anindito
4 +2cattle farming
AAAS


Discussion entries: 2





  

Answers


29 mins   confidence: Answerer confidence 5/5 peer agreement (net): +2
cow farm


Explanation:
if you want the rest you have to submit it as a job.

anindito
Indonesia
Local time: 19:49
Native speaker of: Native in IndonesianIndonesian

Peer comments on this answer (and responses from the answerer)
agree  Katriana Vader: You said it!
36 mins

agree  nyamuk: cattle farming / livestock farming ~ 'cow farm' could be a dairy
38 mins
Login to enter a peer comment (or grade)

18 hrs   confidence: Answerer confidence 4/5Answerer confidence 4/5 peer agreement (net): +2
cattle farming


Explanation:
Note that : "lembu daging" not "lembu pedaging"

AAAS
Local time: 20:49
Native speaker of: Native in MalayMalay
PRO pts in pair: 4

Peer comments on this answer (and responses from the answerer)
agree  Ramona Ali: .
4 hrs

agree  melayujati
6 days
Login to enter a peer comment (or grade)




Return to KudoZ list


KudoZ™ translation help
The KudoZ network provides a framework for translators and others to assist each other with translations or explanations of terms and short phrases.



See also: