translate malay to english

English translation: terjemahkan dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris

20:00 Feb 6, 2001
Malay to English translations [Non-PRO]
Art/Literary
Malay term or phrase: translate malay to english
Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah melakukan pelbagai usaha ke arah memajukan lagi kawasan perbandarannya. Ianya bukan sahaja memberi penekanan dari aspek penyediaan infrastruktur bersifat fizikal, malah mengambil inisiatif untuk membawa masyarakat kota idamannya ke arah masyarakat berorientasikan maklumat seiring dengan penggunaan teknologi tinggi iaitu dengan penubuhan Perpustakaan Awam yang berkonsepkan hipermedia di kawasan Subang Jaya. Perpustakaan Hipermedia MPSJ ini tergolong dalam kategori perpustakaan awam yang menjalankan fungsinya sebagai pusat maklumat kepada masyarakat setempat khususnya dan pihak awam amnya. Penampilan Perpustakaan Hipermedia MPSJ bukan sekadar sebuah perpustakaan digital, malah fungsinya adalah lebih menyeluruh sebagai tempat untuk:
· Pembelajaran
· Riadah
· Perkongsian Sumber Maklumat
· Kreativiti
Bangunan perpustakaan setinggi lima tingkat ini terdiri daripada:
a. Tingkat Bawah Kafe Siber
· Kaunter pendaftaran/pertanyaan
· Ruang rehat ( pengunjung boleh menonton televisyen meliputi beberapa rangkaian termasuk ASTRO )
· Kafe Siber (pengunjung boleh menjamu selera dan menggunakan perkhidmatan Internet )
b. Tingkat Dua - Hipermedia Kanak-kanak
· Sudut Bercerita
· Sudut Permainan
· Ruang Bacaan
· Sudut Hipermedia ( Perkhidmatan CD-Net Access dan Internet )
c. Tingkat Tiga - Hipermedia Dewasa
· Sudut Hipermedia ( Perkhidmatan Cd-Net Access dan Internet )
· Bilik Pembelajaran Komputer
· Ruang Audio
d. Tingkat Empat - Rujukan / Pinjaman Dewasa
· Bahagian Rujukan
· Bahagian Pinjaman
· Ruang Bacaan Ringkas ( Koleksi majalah, akhbar, buletin dan jurnal )
· Ruang Bacaan Pengguna
· Bilik Perbincangan
e. Tingkat 7 - Pentadbiran
· Pejabat Pentadbiran
· Bilik Mesyuarat
MISI
Perpustakaan Hipermedia MPSJ ditubuhkan untuk menyediakan infrastruktur maklumat ke arah pembinaan tamadun ilmu dikalangan masyarakat awam. Penyediaan sumber maklumat dengan aplikasi teknologi tinggi dapat mendedahkan para pengguna kepada maklumat terkehadapan agar dapat berada setanding dengan bangsa yang maju di alaf akan datang.
OBJEKTIF
· Menanam dan mengukuh tabiat membaca di kalangan masyarakat awam di dalam bentuk masyarakat awam yang berilmu dan celik IT
· Mengaplikasikan teknologi tinggi sebagai penjana maklumat dengan efektif dan efisyen
· Memberi perkhidmatan berorientasikan pengguna sepenuhnya.
PERANAN PERPUSTAKAAN
· Pusat Pembelajaran
- Perpustakaan sebagai tempat rujukan dan akses kepada maklumat
· Pusat Maklumat
- Perpustakaan sebagai pusat pengumpulan, penyebaran dan pengaksesan maklumat yang pelbagai.
· Pusat Penyelidikan
- Perpustakaan menjalankan fungsinya untuk tujuan penyelidikan
· Pusat Rekreasi
- Perpustakaan sebagai tempat riadah kepada para pengguna
KONSEP
Perpustakaan Hipermedia Majlis Perbandaran Subang Jaya berkonsepkan digital di mana penggunaan teknologi komputer dititikberatkan seperti:
· Penggunaan Kad Pintar
Kad Pintar merupakan satu identiti Perpustakaan Hipermedia MPSJ di mana semua pengguna yang berdaftar menjadi ahli perpustakaan mesti memiliki kad keahlian tersebut untuk membolehkan penggunaan semua perkhidmatan yang disediakan.
Kad Pintar yang berkonsepkan ‘pre-paid’ ini dapat mengawal keluar/masuk ‘cash money’. Ahli perlu memasukkan nilai minimum RM10 hingga RM500 (maksimum) dan nilai tersebut akan melalui proses ‘reduction’ sekiranya mereka menggunakan perkhidmatan berbayar seperti perkhidmatan internet, printer, fotokopi dan denda.
Selain itu, kad pintar digunakan untuk tujuan kawalan keluar/masuk pengguna ke dalam perpustakaan. Di setiap pintu masuk ( tingkat 2, tingkat 3 dan tingkat 4 ) disediakan sistem keselamatan iaitu ‘turnstile’ di mana semua pengguna yang hendak memasuki atau keluar dikehendaki menggunakan kad tersebut.
Kad Pintar turut diaplikasikan pada perkhidmatan fotokopi yang disediakan di tingkat 4 (Bahagian Rujukan / Pinjaman Dewasa). Perkhidmatan ini dikenakan bayaran sejumlah RM 0.10 (1 salinan ) untuk saiz A4 dan RM 0.50 (1 salinan) untuk saiz A3.
Untuk perkhidmatan printer juga menggunakan kad pintar. Perkhidmatan ini dikenakan bayaran sejumlah RM 1.00 (1 salinan) bagi ‘normal printer’ (HP LaserJet) dan RM 1.50 (1 salinan) bagi ‘color printer’ (DeskJet).
Sejumlah 50 terminal komputer yang disediakan ‘Smart Card Reader’ untuk membolehkan pengguna mengakses perkhidmatan seperti Internet, CD-Net Access dan Pangkalan Data. Kad pintar perlu dimasukkan ke dalam Smart Card Reader untuk membolehkan pengguna mengakses program yang telah disediakan.
· Sistem Perpustakaan Berkomputer
Perpustakaan Hipermedia MPSJ menggunakan sistem perpustakaan berkomputer yang dikenali sebagai ILMU ( Integrated Library Management Utility ). Dengan adanya sistem berkomputer ini, pengendalian proses kerja yang melibatkan perolehan bahan, pengkatalogan bahan dan pemprosesan bahan dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dan efisyen.
· Sistem Hipermedia
Semua terminal yang disediakan di Perpustakaan Hipermedia MPSJ di rangkaikan melalui LAN (Local Area Network). Dengan adanya jaringan ini membolehkan semua terminal berkongsi sumber di antara satu sama lain.



SEJARAH PERPUSTAKAAN HIPERMEDIA MPSJ
Sebagai Kota Niaga Idaman, Majlis Perbandaran Subang Jaya telah melakukan pelbagai usaha ke arah memajukan lagi kawasan perbandarannya. Ianya bukan sahaja memberi penekanan terhadap aspek infrastruktur yang bersifat fizikal, malahan aspek mentalisme turut diambil kira. Majlis Perbandaran Subang Jaya mengambil inisiatif untuk membawa masyarakat kota idamannya ke arah masyarakat berorientasikan maklumat seiring dengan penggunaan teknologi tinggi iaitu dengan penubuhan perpustakaan di kawasan Subang Jaya
Perpustakaan yang dikenali dengan nama Perpustakaan Hipermedia Majlis Perbandaran Subang Jaya merupakan perpustakaan yang dikategorikan sebagai perpustakaan awam yang bertempat di alamat No.24, USJ 9/5T, Subang Business Centre, UEP Subang Jaya 47620 Subang Jaya Selangor Darul Ehsan.
Penubuhan perpustakaan ini adalah untuk menyediakan infrastruktur maklumat ke arah pembinaan tamadun ilmu dikalangan masyarakat awam. MPSJ telah memperuntukan kira-kira RM 3 juta untuk pembinaan perpustakaan ini. Pada peringkat awalnya, MPSJ menghadapi kesulitan untuk menubuhkan perpustakaannya kerana tiada kawasan lapang yang sesuai di sekitar Subang Jaya bagi tujuan pembinaan bangunan. Menyedari hakikat keperluan gedung ilmu ini dikalangan masyarakat awam, MPSJ berusaha mencari lokasi yang sesuai bagi tujuan tersebut. Dan kini, masyarakat awam di sekitar Subang Jaya boleh berasa lega dengan wujudnya Perpustakaan Hipermedia walaupun bangunannya masih disewa. Perpustakaan ini terdiri daripada lima tingkat yang dibahagikan kepada beberapa Bahagian iaitu:
Tingkat Bawah - Kaunter Pendaftaran Kafe Siber
Tingkat Dua - Hipermedia Kanak-kanak
Tingkat Tiga - Hipermedia Dewasa
Tingkat Empat - Rujukan dan Pinjaman Dewasa
Tingkat Tujuh - Pentadbiran
Projek pembinaan dan perlaksanaan perpustakaan ini telah dijalankan sejak awal tahun 1997. Sejak awal perancangan lagi banyak pihak yang terbabit di dalam usaha melaksanakan projek ini. Satu Jawatankuasa Perpustakaan telah ditubuhkan oleh pihak MPSJ yang menggabungkan beberapa badan yang terdiri daripada pihak Majlis sendiri. Ahli-ahli Majlis MPSJ, para pustakawan (Perpustakaan Negara Malaysia, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor(Perpustakaan Tun Uda), Perpustakaan Sunway College dan lain-lain seperti pihak perunding dan kontraktor yang terlibat di dalam projek ini.
Hasil kerjasama semua pihak yang terlibat, pada 3 Mac 1999 satu majlis sambutan Pra Pembukaan Perpustakaan Hipermedia dilangsungkan dengan meriahnya yang dirasmikan oleh Tuan Yang Dipertua MPSJ, Encik Ahmad Fuad Bin Ismail.



























Perkhidmatan Internet
Sejumlah 26 buah komputer disediakan untuk tujuan pengaksesan Internet yang menawarkan perkhidmatan seperti mel – elektronik (e-mail), pencarian maklumat di dalam pelbagai bidang dan kemudahan pemindahan dokumen atau maklumat. Perkhidmatan ini hanya disediakan kepada mereka yang berdaftar menjadi ahli perpustakaan yang dikenakan bayaran sebanyak RM0.07 sen seminit.
· Perkhidmatan CD-Net Access
Di samping koleksi bahan monograf (buku), koleksi CD-ROM turut disediakan. Melalui ‘Local Area Network’ (LAN) para pengguna boleh mengakses koleksi bahan CD perpustakaan terus melalui terminal yang disediakan di bahagian Hipermedia Kanak-kanak dan Hipermedia Dewasa. Perkhidmatan ini tidak dikenakan sebarang bayaran.
· Perkhidmatan Audio
Ruang mendengar muzik disediakan di bahagian Hipermedia Dewasa . Para pengguna boleh mendengar sepuluh siaran radio ( tempatan ) yang telah diprogramkan. Peralatan ‘headphone’ disediakan untuk keselesaan pengguna.


· Perkhidmatan Pinjaman
Semua pengguna yang berdaftar menjadi ahli dibenarkan meminjam bahan koleksi perpustakaan yang dikategorikan sebagai Koleksi Pinjaman.
Semua ahli dibenarkan membuat pinjaman ke atas dua bahan sahaja bagi tempoh dua minggu
Proses pinjaman dilakukan di kaunter sirkulasi di tingkat 4 untuk dewasa dan tingkat 2 untuk kanak-kanak dengan menyerahkan kad keahlian dan bahan yang hendak dipinjam.
* DENDA
a. Lewat Pulang Bahan
Bayaran denda sebanyak RM 1 sehari bagi satu bahan yang lewat dipulangkan
b. Hilang Bahan
Sekiranya bahan dipinjam hilang, pengguna mesti membayar denda mengikut harga bahan atau menggantikan bahan tersebut.

* Pembaharuan Pinjaman
a. Ahli perpustakaan dibenarkan membuat pembaharuan sebanyak satu kali sahaja
b. Bahan yang diperbaharui, tidak ditempah oleh ahli yang lain
c. Bahan tersebut tidak melebihi tempoh pemulangan
d. Pembaharuan boleh dilakukan di kaunter sirkulasi (Tingkat 4 )

b. Perkhidmatan Rujukan
Perkhidmatan ini terbuka kepada semua pengguna perpustakaan ( Ahli dan bukan ahli ). Koleksi Rujukan tidak dibenarkan membuat pinjaman.

c. Perkhidmatan Pangkalan Data
Sejumlah enam buah terminal (komputer) disediakan di Bahagian Rujukan / Pinjaman Dewasa , Tingkat Empat untuk kemudahan pengguna mengakses maklumat melalui pangkalan data yang terdiri daripada NSTP Online, SIRIMLINK dan GROLIER Online. Perkhidmatan pangkalan data NSTP Online menyediakan maklumat akhbar-akhbar tempatan yang dikeluarkan oleh kumpulan New Straits Time seperti Berita Harian, Berita Minggu, Harian Metro, New Straits Times, New Sunday Times, Business Times, Computimes, The Malay Mail dan Sunday Mail. (1991 - ) SIRIMLINK merupakan pangkalan data yang dibina oleh SIRIM Berhad yang mengandungi maklumat seperti ‘Patents’ dan Abstrak artikel dan Direktori ‘Malaysian Experts’ di dalam bidang Sains dan Teknologi.
d. PERKHIDMATAN OPAC (Online Public Access Cataloging)
Perkhidmatan pencarian bahan atas talian ini disediakan kepada para pengguna bertujuan untuk proses dapatan bahan koleksi perpustakaan dengan lebih efektif dan efisyen. Melalui perkhidmatan ini, pengguna boleh mengetahui samada bahan itu terdapat di dalam koleksi perpustakaan atau tidak, lokasi bahan dan status bahan iaitu samada bahan itu ada di rak atau telah dipinjam .
Perkhidmatan ini disediakan di semua tingkat untuk kemudahan para pengguna.
e. Perkhidmatan Kiosk Maklumat
Peti Kiosk Maklumat disediakan di Tingkat Bawah, Kafe Siber di mana memaparkan informasi perpustakaan untuk kemudahan pengguna perpustakaan
f. Perkhidmatan Fotostat
Perkhidmatan ini disediakan di Bahagian Rujukan / Pinjaman Dewasa -
Tingkat Empat.
- Bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut; Saiz A4 - RM 0.10 ( 1 salinan ) Saiz A3 - RM 0.50 ( 1 salinan )
g. Perkhidmatan ‘Printing’
Kadar bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut;
i. ‘Color Printer’ (DeskJet) - RM 1.50 ( satu mukasurat )
ii. ‘Normal Printer (HP LaserJet) - RM 1.00 ( satu mukasurat )

h. Perkhidmatan ‘Scanner’
RM 2.00 untuk sekali scan

i. Perkhidmatan Penyewaan Bilik Pembelajaran Komputer
- Sektor swasta : RM 500.00 dari 9.30 am – 5.00 pm
- Sektor kerajaan : RM 400.00 dari 9.30 am – 5.00 pm
- Sekolah : RM 300.00 dari 9.30 am – 5.00 pm




SISTEM HIPERMEDIA BERSEPADU PERPUSTAKAAN HIPERMEDIA MPSJ
Perpustakaan Hipermedia MPSJ memerlukan satu sistem yang bersepadu untuk menawarkan perkhidmatan maklumat yang cekap dan cepat kepada masyarakat atas sebab-sebab berikut;

a. Keupayaan Berkongsi Sumber CD-ROM Multimedia melalui Video CD-Net Server
CD-ROM multimedia adalah sumber maklumat yang sangat menarik. Dengan kombinasi teknologi audio, teks, grafik dan sebagainya sesuatu maklumat dapat dipersembahkan di dalam bentuk yang lebih menarik dari bahan buku. Sejumlah besar CD-ROM dapat diletakkan di Video CD-NET Server dan dapat diakses oleh pengguna dari mana-mana lokasi secara serentak oleh ramai pangguna.


b. Pengurusan bahan perpustakaan lebih berkesan
Penempatan CD-ROM di dalam ‘Video CD-Net Server’, memudahkan staf perpustakaan menguruskan bahan tersebut. Staf tidak perlu mengambil masa memberikan judul-judul CD-ROM kepada pengguna perpustakaan secara manual. Mereka hanya mengakses judul-judul tersebut melalui komputer mikro yang berangkaian ke server ini.
c. Keselamatan Bahan Perpustakaan
CD-ROM yang diletakkan di dalam ‘server’ tidak dipegang atau diambil oleh para pengguna perpustakaan. Dengan ini , pihak perpustakaan dapat mengelakkannya dari kehilangan atau kerosakan bahan-bahan oleh para pengguna.
d. Penggunaan Kad Pintar Pelbagai Guna
Judul-judul CD-ROM di dalam ‘server’ dapat diakses oleh pengguna perpustakaan melalui satu kad pintar. Kad pintar pelbagai guna ini dapat juga digunakan untuk masuk dan keluar dari perpustakaan, meminjam buku, membuat fotokopi serta mengakses sumber maklumat dari Internet. Kad Pintar ini boleh merekod statistik keluar/masuk pengguna ke perpustakaan, membuat bayaran perkhidmatan perpustakaan seperti membayar denda dan sebagainya.
e. Sudut mendengar radio dan CD-ROM yang ‘central’ / berpusat dan selesa
Sudut radio dan muzik ini akan memberi keselesaan kepada para pengguna perpustakaan untuk beristirehat sambil mendengar radio atau muzik.
f. Sistem CIMS ( Card Issuing and Monitoring System )
a. ‘Card Issue’
o Kakitangan Perpustakaan
o Kakitangan Sementara
o Ahli
o ‘SAM CARD’ untuk ‘Securities Access Module’ bagi Perkhidmatan Fotokopi

b. Sistem Kawalan semua ‘Workstation’ yang menggunakan PC Access bertujuan untuk;
o Kenalpasti samada semua terminal beroperasi
o Kenalpasti penggunaan PC oleh pengguna, tempoh penggunaan PC dan kadar bayaran yang terdapat pada kad pintar sebelum dan selepas penggunaan PC. (untuk tujuan keselamatan)
c. Fungsi Kewangan
o Sebagai pangkalan data kewangan
o ‘Up-load’ daripada SAM Card (mesin fotokopi)
o AECV ( Accumulated Electronic Cash Value )
o MECV ( Montly Electronic Cash Value )

d. Sebagai Sistem Kawalan / Keselamatan
Pengguna tidak boleh menukar atau melakukan konfigurasi terhadap sistem rangkaian (network) dan ‘set-up’ komputer.
Semua kerja-kerja pemasangan dan pengubahsuaian sistem hanya dilaksanakan oleh pihak ‘Admin’ sahaja.



( INTERGRATED LIBRARY MANAGEMENT UTILITY/ ILMU)
Perpustakaan Hipermedia MPSJ menggunakan SISTEM ILMU (Integrated Library Management Utility) sebagai sistem perpustakaan berkomputer. Tujuannya untuk melaksanakan proses-proses perolehan bahan, pembelian, pengkatalogan dan pencarian bahan dapat dilaksanakan secara ‘computerise’.
ILMU telah direka menggunakan aplikasi asas "client-server". Di mana para pengguna akan mendapat ‘full benefit of deciding the server platform’ di dalam rangkaian sistem peralatan dan operasi.

Di antara modul-modul yang dijalankan di Perpustakaan Hipermedia dengan menggunakan sistem ini ialah;
o Cataloging
o Acquisition
o Circulation
o Fund Accounting
o Serial Control
o Authority Control
o Infotrack
o Z39.50


CIRI – CIRI ILMU
· Z39.50
Dengan adanya protokol Z39.50 (server) dan Z39.50 (client), membenarkan pengguna mengakses kepada pangkalan data di seluruh dunia terutamanya pangkalan data bibliografik. Sekiranya pihak perpustakaan ingin membenarkan pangkalan data bibliografik tempatan diakses kepada pihak lain, ILMU menyediakan perkhidmatan tersebut.

· Piawai Antarabangsa / International Standards
ILMU dipastikan mengunakan Piawai Antarabangsa seperti ISO 2709, CCF, Z39.50 dan AACRII

· Internet dan ‘World Wide Web’
ILMU merupakan software ‘Internet –ready’ yang membolehkan pihak pengguna membuat rangkaian (network) melalui permohonan daripada mana-mana ‘browser’.
ILMU juga ‘Web-enable’ /kebolehan Laman. ILMU membenarkan pengguna akses pangkalan data bibliografik menerusi Internet.

· ‘Graphic User Interface’ (GUI)/ Perantaramuka Pengguna Grafik
ILMU mengaplikasikan GUI sepenuhnya untuk pemahaman pengguna yang lebih efektif dan efisyen

· Client / Server Architecture
ILMU direkabentuk untuk berfungsi sebagai Client/Server
· Multimedia dan Imbasan /Imaging
ILMU bercirikan teknologi multimedia. Klip video dan imej boleh dihubungkan kepada pangkalan data bibliografik oleh pengguna.
Dengan adanya sistem berkomputer ini , segala proses-proses tersebut dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik.
man
English translation:terjemahkan dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris
Explanation:
Jika terjemahan untuk seluruh isi di atas diperlukan, sila hubungi saya di [email protected] atau 019-2311039, atau faks ke 03-62851012.
Selected response from:

Ramona Ali
Local time: 12:06
Grading comment
Graded automatically based on peer agreement. KudoZ.
4 KudoZ points were awarded for this answer



Summary of answers provided
na +2terjemahkan dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris
Ramona Ali


  

Answers


1 hr peer agreement (net): +2
terjemahkan dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris


Explanation:
Jika terjemahan untuk seluruh isi di atas diperlukan, sila hubungi saya di [email protected] atau 019-2311039, atau faks ke 03-62851012.

Ramona Ali
Local time: 12:06
Native speaker of: Native in MalayMalay
PRO pts in pair: 227
Grading comment
Graded automatically based on peer agreement. KudoZ.

Peer comments on this answer (and responses from the answerer)
agree  R.J.Chadwick (X)
538 days

agree  nuvo
539 days
Login to enter a peer comment (or grade)



Login or register (free and only takes a few minutes) to participate in this question.

You will also have access to many other tools and opportunities designed for those who have language-related jobs (or are passionate about them). Participation is free and the site has a strict confidentiality policy.

KudoZ™ translation help

The KudoZ network provides a framework for translators and others to assist each other with translations or explanations of terms and short phrases.


See also:
Term search
  • All of ProZ.com
  • Term search
  • Jobs
  • Forums
  • Multiple search