KudoZ home » Malay to English » Other

bandaraya global

English translation: global city

Advertisement

Login or register (free and only takes a few minutes) to participate in this question.

You will also have access to many other tools and opportunities designed for those who have language-related jobs
(or are passionate about them). Participation is free and the site has a strict confidentiality policy.
GLOSSARY ENTRY (DERIVED FROM QUESTION BELOW)
Malay term or phrase:bandaraya global
English translation:global city
Entered by: xxxA-MMI
Options:
- Contribute to this entry
- Include in personal glossary

08:12 Aug 23, 2001
Malay to English translations [Non-PRO]
Malay term or phrase: bandaraya global
Proses globalisasi yang menjadi nadi kepada perbincangan ilmiah dalam konteks pembahagian baru kerja antarabangsa, memberi peluang sama rata kepada semua wilayah di dunia melibatkan diri secara aktif dalam arus perdana ekonomi global. Peranan yang dimainkan sama ada oleh wilayah pusat, separa-pinggiran ataupun pinggiran adalah bersifat ‘complimentary’, berbeza dengan peranan yang dimainkan dalam era pembahagian lama kerja antarabangsa yang bersifat eksploitatif (Frobel. et al. 1982). Secara langsung, proses ini telah menyebabkan sebahagian besar bandar sama ada di negara dunia pertama, kedua dan ketiga saling berkaitan di antara satu sama lain yang dicirikan oleh satu era persaingan ekonomi global yang sengit, terutamanya dalam sistem fungsian bandaraya global. Bandaraya global merupakan satu penjelmaan utama secara fizikal proses globalisasi kontemporari. Proses pembentukan ekonomi global telah dipercepatkan lagi dengan kewujudan satu jaringan dan interaksi yang kuat di antara bandaraya-bandaraya global yang terletak di wilayah-wilayah NAFTA, Kesatuan Eropah dan Asia Pasifik, yang merupakan tiga kluster utama kuasa ekonomi dan merupakan wilayah yang paling dinamik di dunia masa kini. Perubahan ini yang disifatkan sebagai ‘anjakan global’ oleh Dicken (1998) banyak dikaitkan dengan peranan yang dimainkan oleh bandaraya-bandaraya global utama seperti New York, London, dan Tokyo, yang mengawal sebahagian besar aktiviti ekonomi global (Friedmann, 1986; Sassen, 1991).

Bandaraya kini menjadi nod kepada aliran dan rantaian ekonomi dalam jaringan global. Di wilayah Asia, bandaraya-bandaraya utamanya menjadi lokasi baru kepada pengeluaran perkilangan global dan memainkan peranan yang semakin penting dalam transformasi ekonomi di peringkat global. Sebagaimana yang ditunjukkan semasa krisis kewangan yang lalu, pertumbuhan dan pembangunan ekonomi di kalangan negara-negara rantau ini sangat bergantung kepada aktiviti-aktiviti antarabangsa yang beroperasi di sesebuah bandaraya. Justeru itu dalam konteks dunia tanpa sempadan (Ohmae, 1995), secara logiknya hanya bandaraya-bandaraya yang mempunyai daya saing dan berupaya memposisikan dirinya dalam sistem jaringan dan fungsian bandaraya global (Fu-chen Lo & Yu-men Yueng, eds.1986) tersebut sahaja yang dapat bertindak sebagai ‘penjana pembangunan’ kepada wilayah pengaruhnya. Pemposisian ini dianggap kritikal dalam menghadapi satu bentuk persaingan ekonomi global yang baru, supaya lebih kompetitif dalam menarik pelaburan dan perdagangan antarabangsa, kepakaran dan teknologi baru, sumber manusia berkualiti, dan faktor-faktor pengeluaran lain, di samping berupaya menentukan bentuk, kadar dan intensiti pembangunan bagi wilayah ekonominya. Sebaliknya, kegagalan sesebuah wilayah atau bandaraya memposisikan dirinya dalam sistem fungsian ini akan menyebabkan wilayah/bandaraya tersebut terus dieksploitasi oleh wilayah/bandaraya lain dunia yang lebih maju, sebagaimana yang telah berlaku dalam konteks pembahagian lama kerja antarabangsa. Bandaraya di wilayah-wilayah yang terpinggir ini terus menjadi ‘theatre of accumulation’ dan ‘playground’ kepada wilayah-wilayah dan bandaraya-bandaraya maju dunia. Selain itu, pembangunannya banyak tertakluk kepada keputusan oleh kuasa-kuasa luaran yang dijanakan dari bandaraya-bandaraya global dan bandaraya-bandaraya sekitarnya yang lebih berwibawa.

Menyedari akan hakikat bahawa status pembangunan sesebuah negara itu semakin ditentukan oleh posisi dan daya saing wilayah-bandaraya utama negara mereka di peringkat supra-nasional, pihak pemerintah secara aktif mula campurtangan dalam mengubah dan mengstrukturkan semula fungsi dan reruang fizikal wilayah-bandaraya utama negara. Ini penting dilakukan, sepertimana yang diungkapkan oleh Douglass (1998:116);

As transnational capital moves through circuits of trade, finance and production across national territories, its requirements for urban restructuring to serve its global reach have been profound. Cities that are unable to mount such projects face a heightening risk of a downward slide in their global position and future economic prospects.

Meskipun begitu, usaha-usaha pembangunan bagi memenuhi keperluan di atas yang dibuat semata-mata berasaskan kriteria dan indikator pembangunan yang terdapat di bandaraya-bandaraya global semasa mungkin memberikan impak yang berbeza dengan pengalaman di negara maju. Kajian-kajian tentang bandaraya global yang sebahagian besarnya berfokuskan bandaraya-bandaraya di negara-negara maju terutamanya New York, London dan Tokyo, terbukti berjaya memainkan peranan sebagai ‘command and control centre’ kepada ekonomi global secara keseluruhannya. Sehingga kini, usaha menganalisis secara sistematik fenomena keterlibatan bandaraya-bandaraya utama di negara-negara sedang membangun dalam proses globalisasi dan pembahagian baru kerja antarabangsa boleh dikatakan agak terhad. Dalam era global ini, di manakah kedudukan bandaraya-bandaraya utama negara-negara sedang membangun, yang berada di wilayah separa-pinggiran ataupun pinggiran? Adakah bandaraya-bandaraya tersebut masih lagi berfungsi sebagai ‘a theatre of accumulation’ yang secara berterusan dieksploitasi oleh negara-negara di wilayah pusat, ataupun telah berupaya membentuk daya saing, menjadi ‘command and control centre’ dan bertindak sebagai penjana pertumbuhan kepada wilayahnya? Justeru itu, dengan berfokuskan Kuala Lumpur dan wilayah-bandarayanya, tesis ini akan menganalisis kedudukan bandaraya dalam sistem fungsian kotaraya global, yang terjana daripada perubahan dalam pembahagian kerja antarabangsa dan ekonomi di peringkat global. Hakikatnya, di bandaraya-bandaraya di negara sedang membangun inilah terjadinya proses urbanisasi yang pesat dan terbentuknya ‘production loci’ ekoran daripada pembahagian kerja baru antarabangsa. Penganalisisan ini dibuat berpandukan kriteria dan indikator terpilih dan relevan dalam konteks negara sedang membangun, dan seterusnya mengenalpasti ‘niches’ pembangunan yang berupaya memposisikan Kuala Lumpur secara lebih berkesan dalam arus pembangunan global.
Hamzah
global city
Explanation:
Hamzah, this is a quite long piece. Would you be willing to pay one of us (translators) for translating this? If you are, contact one of us directly.
Selected response from:

xxxA-MMI
Malaysia
Local time: 11:36
Grading comment
Graded automatically based on peer agreement. KudoZ.
4 KudoZ points were awarded for this answer

Advertisement


Summary of answers provided
na +2global cityxxxA-MMI
naglobal cityxxxA-MMI


  

Answers


20 hrs peer agreement (net): +2
global city


Explanation:
Hamzah, this is a quite long piece. Would you be willing to pay one of us (translators) for translating this? If you are, contact one of us directly.

xxxA-MMI
Malaysia
Local time: 11:36
Native speaker of: Malay
PRO pts in pair: 12
Grading comment
Graded automatically based on peer agreement. KudoZ.

Peer comments on this answer (and responses from the answerer)
agree  xxxR.J.Chadwick
339 days

agree  alysa
351 days
Login to enter a peer comment (or grade)

20 hrs
global city


Explanation:
Oops, I meant to say "this is quite a long piece."
And I forgot to mention: you may also post this as a job (Just click on Receive Bids). If you need this piece for charity or something like that, mention in your posting that you need it done voluntarily. I know some translators would be looking for references or voluntary services to list in their resumes. Good luck.

xxxA-MMI
Malaysia
Local time: 11:36
Native speaker of: Malay
PRO pts in pair: 12
Login to enter a peer comment (or grade)




Return to KudoZ list


KudoZ™ translation help
The KudoZ network provides a framework for translators and others to assist each other with translations or explanations of terms and short phrases.



See also:



Term search
  • All of ProZ.com
  • Term search
  • Jobs
  • Forums
  • Multiple search