Suku Indian Pima dari Arizona percaya bahawa bapa kepada manusia dan haiwan ialah seekor rama-rama bernama, Cherwit Make (pencipta bumi), beliau turun daripada langit ke Blue Cliffs (Tebing Biru)[…] dan menciptakan manusia daripada titik peluhnya sendiri. Apabila kaum manusia beranak-pinak, mereka menjadi kaum yang mementingkan diri dan suka bertengkar sesama sendiri, jadi Cherwit Make jijik akan ciptaannya sendiri dan bertekad untuk melemaskan mereka semua.[…]
Ada seekor Hauk, iaitu iblis gunung, dimana ia menculik anak-anak perempuan dan membunuh anak-anak lelaki mereka. […] Dia (Suha) mengekori Hauk secara senyap-senyap ke Pergunungan Superstition; dia telah memasukkan dadah ke dalam wain kaktus yang akan anak perempuannya hidangkan kepada Hauk; kemudian, setelah Hauk minum wain tersebut, Suha keluar daripada tempat persembunyiannya dan memukul iblis yang dalam kebingungan itu. […]
Jadi suku Pima sangat mempercayai ramalan dimana mereka tidak akan melepasi Pergunungan Superstition, kerana disana adanya Cherwit Make — sedang menantikan kemuncak kejahatan mereka untuk melepaskan ke atas bumi suatu lautan dahsyat yang tertahan di sebalik banjaran itu.