Suku Indian Pima dari Arizona percaya bahawa bapa kepada manusia dan haiwan ialah seekor rama-rama bernama, Cherwit Make (pencipta bumi), beliau turun daripada langit ke Blue Cliffs (Tebing Biru)[…] dan menciptakan manusia daripada titik peluhnya sendiri. Apabila kaum manusia beranak-pinak, mereka menjadi kaum yang mementingkan diri dan suka bertengkar sesama sendiri, jadi Cherwit Make jijik akan ciptaannya sendiri dan bertekad untuk melemaskan mereka semua.[…] Ada seekor Hauk, iaitu iblis gunung, dimana ia menculik anak-anak perempuan dan membunuh anak-anak lelaki mereka. […] Dia (Suha) mengekori Hauk secara senyap-senyap ke Pergunungan Superstition; dia telah memasukkan dadah ke dalam wain kaktus yang akan anak perempuannya hidangkan kepada Hauk; kemudian, setelah Hauk minum wain tersebut, Suha keluar daripada tempat persembunyiannya dan memukul iblis yang dalam kebingungan itu. […] Jadi suku Pima sangat mempercayai ramalan dimana mereka tidak akan melepasi Pergunungan Superstition, kerana disana adanya Cherwit Make — sedang menantikan kemuncak kejahatan mereka untuk melepaskan ke atas bumi suatu lautan dahsyat yang tertahan di sebalik banjaran itu.  | Entry #39091 — Variant: Malaysianmalamay
|
Masyarakat peribumi Pima di Arizona menceritakan bahawa bapa kepada sekalian manusia dan haiwan ialah seekor rama-rama bernama Cherwit Make (pencipta bumi), yang terbang turun dari lapisan awan ke Blue Cliffs (Tebing Biru)[...] dan menciptakan manusia daripada peluhnya sendiri. Apabila umat manusia semakin bertambah, mereka mula bersikap mementingkan diri dan sering bertelagah, lantas Cherwit Make berasa jijik dengan ciptaannya itu lalu bertekad untuk menenggalamkan mereka semua. [...] Terdapat seekor syaitan gunung bernama Hauk, yang menculik anak-anak perempuan mereka dan membunuh anak-anak lelaki mereka. [...] Dia mengekorinya secara senyap-senyap hingga ke Pergunungan Superstition; dia memasukkan dadah ke dalam wain kaktus yang bakal dihidangkan oleh anak perempuannya kepada syaitan tersebut; kemudian, selepas syaitan itu meminumnya, Suha muncul dari tempat persembunyian lalu menghentam kepala makhluk yang sedang mabuk itu hingga hancur.[...] Masyarakat Pima berpegang teguh di atas kepercayaan ini sehinggakan mereka tidak berani merentasi Pergunungan Superstition, kerana di situlah Cherwit Make menanti – menunggu kejahatan manusia memuncak untuk melepaskan lautan luas yang tertahan di sebalik banjaran tersebut ke atas muka bumi.  | Entry #39382 — Variant: Malaysianmalamay
|
Suku Pima di Arizona mengatakan bahawa bapa kepada seluruh umat manusia dan haiwan merupakan seekor kupu-kupu, Cherwit Make (pencipta bumi), yang turun dari langit ke Tebing Biru[…] dan menciptakan manusia dari peluhnya. Semakin berkembangnya manusia, mereka menjadi tamak dan sering bergaduh, maka Cherwit Make merasa jijik dengan ciptaannya sendiri dan memutuskan untuk menenggelamkan semua manusia.[…] Terdapat satu Hauk, syaitan gunung yang menculik anak-anak perempuan dan membunuh anak-anak lelaki. […] Suha mengekori syaitan tersebut ke Gunung Khurafat; memasukkan ubat ke dalam wain pokok kaktus yang anak perempuannya akan berikan kepada syaitan itu; setelah meminumnya, Suha muncul dari tempat persembunyiannya dan menghentak otak musuhnya yang tercengang sehingga berderai. […] Begitu kuatnya kepercayaan suku Pima terhadap ramalan ini sehinggakan mereka enggan melintasi Gunung Khurafat disebabkan di sanalah bersemayamnya Cherwit Make - menunggu puncak kejahatan manusia di bumi bagi melepaskan lautan yang maha dahsyat empangannya yang terletak di sebalik banjaran tersebut.  | Entry #39596 — Variant: Not specifiednone
|
Orang Pima di Arizona mengatakan bahawa bapa kepada semua manusia dan haiwan adalah seekor rama-rama bernama Cherwit Make (Pencipta Bumi), yang berterbangan turun dari awan menuju ke Blue Cliffs [...] dan mencipta menusia daripada peluhnya sendiri. Apabila bilangan manusia semakin bertambah, mereka mula menjadi tamak, mementingkan diri sendiri, dan suka bergaduh. Oleh itu, Cherwit Make berasa jijik terhadap hasil ciptaanya lalu mengambil keputusan untuk menenggelamkan mereka semua. [...] Terdapat seorang makhluk bernama Hauk, iaitu syaitan yang tinggal dipergunungan, yang menculik kanak-kanak perempuan dan membunuh kanak-kanak lelaki. [...] Dia mengekori Hauk secara diam-diam hingga ke Pergunungan Superstition. Dia kemudiannya mencampurkan ubat ke dalam wain kaktus yang akan dihidangkan oleh anak perempuannya kepada Hauk. Setelah Hauk minum wain tersebut, Suha keluar dari tempat persembunyiannya lalu menghentak kepala makhluk jahat itu sehingga otaknya hancur. Akibat dari kesan wain makhluk tersebut tewas kerana berada dalam keadaan khayal akibat minuman yang dihidangkan kepadanya. Masyarakat Pima begitu teguh mempercayai ramalan ini sehingga mereka tidak berani menyeberangi Pergunungan Superstition. Hal ini kerana Cherwit Make dikatakan sedang menunggu disana, menantikan saat manusia kembali melakukan kejahatan sehingga tiba masanya untuk melepaskan lautan besar disebalik banjaran gunung itu, lalu menenggelamkan seluruh bumi.  | Entry #39427 — Variant: Malaysianmalamay
|
Orang asli dari wilayah Arizona, Orang Pima India percaya bahawa bapa kepada manusia dan haiwan adalah rama-rama, 'Cherwit Make' iaitu semangat bumi yang terapung turun dari awan ke tebing Bukit Biru (Blue Cliffs) dan dari keringatnya telah menjadikan manusia. Dengan bertambahnya populasi manusia kian menunjukkan sifat suka bertengkar dan tamak; lalu Cherwit Make berasa muak dengan hasil kerjanya dan berkeputusan membunuh mereka semua. Terdapat seekor helang, 'Hauk', penunggu gunung yang menyambar anak perempuan dan membunuh anak lelaki mereka. Dengan senyap dia menyusurinya sehingga ke kawasan gunung-ganang yang membawa cerita tahyul; dia mencampur dadah ke dalam wain yang dihidangkan oleh anak perempuannya dan apabila dia meminum air wain tersebut, Suha telah keluar dari tempat persembunyiannya lalu dipukul kawannya dengan ganas. Oleh yang demikian, orang Pima sangat mempercayai ramalan ini sehinggakan mereka tidak berani menjejakkan kaki di kawasan gunung-ganang yang penuh dengan cerita karut kerana di situlah Cherwit Make menunggu di belakang banjaran untuk membalas kemuncak kejahilan mereka di atas muka bumi ini.  | Entry #39679 — Variant: Malaysianmalamay
|