Masyarakat peribumi Pima di Arizona menceritakan bahawa bapa kepada sekalian manusia dan haiwan ialah seekor rama-rama bernama Cherwit Make (pencipta bumi), yang terbang turun dari lapisan awan ke Blue Cliffs (Tebing Biru)[...] dan menciptakan manusia daripada peluhnya sendiri. Apabila umat manusia semakin bertambah, mereka mula bersikap mementingkan diri dan sering bertelagah, lantas Cherwit Make berasa jijik dengan ciptaannya itu lalu bertekad untuk menenggalamkan mereka semua. [...]
Terdapat seekor syaitan gunung bernama Hauk, yang menculik anak-anak perempuan mereka dan membunuh anak-anak lelaki mereka. [...] Dia mengekorinya secara senyap-senyap hingga ke Pergunungan Superstition; dia memasukkan dadah ke dalam wain kaktus yang bakal dihidangkan oleh anak perempuannya kepada syaitan tersebut; kemudian, selepas syaitan itu meminumnya, Suha muncul dari tempat persembunyian lalu menghentam kepala makhluk yang sedang mabuk itu hingga hancur.[...]
Masyarakat Pima berpegang teguh di atas kepercayaan ini sehinggakan mereka tidak berani merentasi Pergunungan Superstition, kerana di situlah Cherwit Make menanti – menunggu kejahatan manusia memuncak untuk melepaskan lautan luas yang tertahan di sebalik banjaran tersebut ke atas muka bumi.