Orang Pima di Arizona mengatakan bahawa bapa kepada semua manusia dan haiwan adalah seekor rama-rama bernama Cherwit Make (Pencipta Bumi), yang berterbangan turun dari awan menuju ke Blue Cliffs [...] dan mencipta menusia daripada peluhnya sendiri.
Apabila bilangan manusia semakin bertambah, mereka mula menjadi tamak, mementingkan diri sendiri, dan suka bergaduh. Oleh itu, Cherwit Make berasa jijik terhadap hasil ciptaanya lalu mengambil keputusan untuk menenggelamkan mereka semua. [...]
Terdapat seorang makhluk bernama Hauk, iaitu syaitan yang tinggal dipergunungan, yang menculik kanak-kanak perempuan dan membunuh kanak-kanak lelaki. [...] Dia mengekori Hauk secara diam-diam hingga ke Pergunungan Superstition. Dia kemudiannya mencampurkan ubat ke dalam wain kaktus yang akan dihidangkan oleh anak perempuannya kepada Hauk. Setelah Hauk minum wain tersebut, Suha keluar dari tempat persembunyiannya lalu menghentak kepala makhluk jahat itu sehingga otaknya hancur. Akibat dari kesan wain makhluk tersebut tewas kerana berada dalam keadaan khayal akibat minuman yang dihidangkan kepadanya.
Masyarakat Pima begitu teguh mempercayai ramalan ini sehingga mereka tidak berani menyeberangi Pergunungan Superstition. Hal ini kerana Cherwit Make dikatakan sedang menunggu disana, menantikan saat manusia kembali melakukan kejahatan sehingga tiba masanya untuk melepaskan lautan besar disebalik banjaran gunung itu, lalu menenggelamkan seluruh bumi.