Suku Pima di Arizona mengatakan bahawa bapa kepada seluruh umat manusia dan haiwan merupakan seekor kupu-kupu, Cherwit Make (pencipta bumi), yang turun dari langit ke Tebing Biru[…] dan menciptakan manusia dari peluhnya. Semakin berkembangnya manusia, mereka menjadi tamak dan sering bergaduh, maka Cherwit Make merasa jijik dengan ciptaannya sendiri dan memutuskan untuk menenggelamkan semua manusia.[…]
Terdapat satu Hauk, syaitan gunung yang menculik anak-anak perempuan dan membunuh anak-anak lelaki. […] Suha mengekori syaitan tersebut ke Gunung Khurafat; memasukkan ubat ke dalam wain pokok kaktus yang anak perempuannya akan berikan kepada syaitan itu; setelah meminumnya, Suha muncul dari tempat persembunyiannya dan menghentak otak musuhnya yang tercengang sehingga berderai. […]
Begitu kuatnya kepercayaan suku Pima terhadap ramalan ini sehinggakan mereka enggan melintasi Gunung Khurafat disebabkan di sanalah bersemayamnya Cherwit Make - menunggu puncak kejahatan manusia di bumi bagi melepaskan lautan yang maha dahsyat empangannya yang terletak di sebalik banjaran tersebut.