Orang asli dari wilayah Arizona, Orang Pima India percaya bahawa bapa kepada manusia dan haiwan adalah rama-rama, 'Cherwit Make' iaitu semangat bumi yang terapung turun dari awan ke tebing Bukit Biru (Blue Cliffs) dan dari keringatnya telah menjadikan manusia. Dengan bertambahnya populasi manusia kian menunjukkan sifat suka bertengkar dan tamak; lalu Cherwit Make berasa muak dengan hasil kerjanya dan berkeputusan membunuh mereka semua.
Terdapat seekor helang, 'Hauk', penunggu gunung yang menyambar anak perempuan dan membunuh anak lelaki mereka. Dengan senyap dia menyusurinya sehingga ke kawasan gunung-ganang yang membawa cerita tahyul; dia mencampur dadah ke dalam wain yang dihidangkan oleh anak perempuannya dan apabila dia meminum air wain tersebut, Suha telah keluar dari tempat persembunyiannya lalu dipukul kawannya dengan ganas.
Oleh yang demikian, orang Pima sangat mempercayai ramalan ini sehinggakan mereka tidak berani menjejakkan kaki di kawasan gunung-ganang yang penuh dengan cerita karut kerana di situlah Cherwit Make menunggu di belakang banjaran untuk membalas kemuncak kejahilan mereka di atas muka bumi ini.